SYABAS DAN TAHNIAH KONTINJEN JOHOR 


Kejayaan Kontinjen Para Johor dalam Para SUKMA XX 2022 | Sumber Facebook Hairi Md Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan Johor merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kontinjen Johor selepas menduduki tempat ketiga keseluruhan Para Sukan Malaysia (SUKMA) XX 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kerajaan negeri kagum dengan semangat Kontinjen Para Johor sepanjang temasya itu berlangsung.

“Selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor, saya mengucapkan syabas dan tahniah buat semua pegawai, jurulatih dan semua atlet dalam Kontinjen Para Johor yang berjaya meletakkan Johor di tempat ketiga keseluruhan dengan pungutan 38 pingat emas, 30 pingat perak dan 25 pingat gangsa.

“Walaupun berada di tangga ketiga, saya yang mengikut dari awal perkembangan setiap hari Sukan Para SUKMA XX kagum dengan semangat atlet Para Johor yang menambah dan mengejar kedudukan menjadi juara bagi negeri-negeri dari Semenanjung,” katanya, hari ini.

Mohd Hairi turut menyifatkan kejayaan yang diraih sebagai pencapaian terbaik Kontinjen Para Johor selepas penstrukturan semula temasya sukan Para SUKMA.

“Tahniah dan syabas Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor! Saya doakan perjalanan pulang semua Kontinjen Para Johor dipermudahkan dan selamat sampai ke negeri bertuah ini,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor