Tag Archive for: johor

37,000 PELUANG PEKERJAAN DICIPTA MENERUSI MBW INNEXUS INDUSTRIAL CITY

  #IskandarPuteri – Projek pembangunan MBW Innexus Industrial City terletak di Tanjung Langsat, kawasan Flagship D Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dilancarkan hari ini, bakal mencipta lebih 37,000 peluang pekerjaan merangkumi pelbagai kemahiran kepada rakyat khususnya di negeri ini.   Melibatkan nilai pembangunan kasar lebih RM2 bilion, projek dibangunkan oleh MB World Group Berhad bagi […]

JMR GALAS CABARAN DI PERLUMBAAN SUZUKA 1000

  #IskandarPuteri – YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor bakal menggalas cabaran Johor Motorsports Racing (JMR) ke perlumbaan berprestij Suzuka 1000 yang akan berlangsung di Jepun pada 12 hingga 14 September ini.   Penyertaan dalam perlumbaan kali ini […]

JOHOR NEGERI PERTAMA TUBUH JAWATANKUASA KHAS ANTI-BULI

  #IskandarPuteri – Johor tampil ke hadapan dengan penuh komitmen apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Jawatankuasa Khas Anti-Buli Negeri Johor sebagai usaha agresif dan bersepadu untuk memastikan masalah buli dapat ditangani dengan lebih berkesan.   Penubuhan jawatankuasa khas berkenaan membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak Johor berikutan isu buli yang semakin menular […]

RUMAH KASIH JOHOR, BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN JOHOR

  Kerajaan Johor sentiasa komited untuk terus membantu kesejahteraan rakyat khususnya membabitkan soal perumahan apabila berjaya merealisasikan pelaksanaan Rumah Kasih Johor (RKJ) dengan sehingga kini sebanyak 175 unit kediaman itu sudah siap dibina dan diserahkan kepada penerimanya.   Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM67.5 […]

KERJASAMA JOHOR-SAITAMA PACU AGENDA KELESTARIAN DAN RENDAH KARBON

  #IskandarPuteri – Pusat Kelestarian Johor (JSC) berhasrat mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membangunkan pusat pembelajaran berkonsepkan rendah karbon di Hutan Bandar Johor Bahru melibatkan kerjasama strategik dengan bandar raya Saitama, Jepun.   Cadangan yang memacu pembangunan hab rendah karbon menampilkan elemen mesra alam dan teknologi hijau itu berdasarkan potensi kawasan rekreasi awam di bawah […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA TEKNOLOGI AIR TERAWAT UNTUK INDUSTRI PUSAT DATA

  #JohorBahru – Johor menjadi negeri pertama yang bakal menggunakan teknologi air pulih guna untuk merawat kumbahan bagi keperluan industri pusat data di negeri ini, menerusi pemeteraian tiga perjanjian kerjasama strategik melibatkan Johor Special Water (JSW) Sdn. Bhd dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.   Menerusi perjanjian tersebut IWK melaksanakan pembangunan pembekalan 12 juta […]

HARIMAU SELATAN LAWAN GERGASI MERAH – PELUANG SANG JUARA LEBARKAN JURANG

  Oleh: Farhan Khair Fawazul Khair Pegawai Penerangan Editor Media Digital Johor     Perdebatan siapa ‘King of Malaya’ yang sebenar antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC sentiasa menjadi topik hangat setiap kali menjelang pembukaan saingan Liga Malaysia (Liga-M).   Ianya menjadi lebih riuh rendah apabila pengurusan tertinggi Gergasi Merah menyatakan […]

’MEREKA’ SELALU BUAT KITA MENANGIS

      Oleh Badrul Kamal Zakaria Editor Kanan Media Digital Johor       Sudah penat menanam padi, Padi orang juga yang dibeli, Sudah banyak Johor menabur budi, Semuanya buat-buat tidak ambil peduli.   Duit orang dibuatnya berjoli, Sampai lupa kawan sendiri, Kalau hati dah tak nak peduli, Biarkan Johor hidup berdikari.   Entah […]

JOHOR MAHU TERUS DOMINASI PEPERIKSAAN AWAM

  #JohorBahru – Kerajaan Negeri komited mengukuhkan reputasi Johor sebagai peneraju pendidikan di negara ini, susulan kejayaan mencatatkan keputusan mengatasi purata kebangsaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2024.   Menyifatkan pencapaian itu tidak bersifat sementara, Kerajaan Negeri berusaha memastikan kejayaan sama diraih […]

JOHOR CATAT KDNK 6.4 PERATUS, TERTINGGI DALAM NEGARA

  #IskandarPuteri — Johor terus memperkukuh kedudukannya sebagai kuasa ekonomi utama negara apabila mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi pada tahun 2024 iaitu 6.4 peratus, mengatasi purata nasional sebanyak 5.1 peratus.   Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai KDNK Johor mencecah nilai RM158.0 bilion iaitu meningkat berbanding RM148.6 bilion […]