Tag Archive for: johor

ETS3 BUKA PINTU RANCAKKAN SOSIOEKONOMI DAERAH KLUANG

  #Kluang – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) dari Kuala Lumpur ke Kluang yang telah bermula pada 30 Ogos itu mampu memberi impak perubahan besar kepada pembangunan daerah ini, terutama dari segi potensi untuk mencipta lebih banyak peluang ekonomi dan sosial kepada penduduk setempat.   Majlis peluncuran perkhidmatan ETS3 ke Kluang yang diserikan dengan keberangkatan […]

JAINJ, PDRM DIARAH SIASAT VIDEO AJARAN SESAT BATU PAHAT

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri memandang serius penularan video mengenai ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat, baru-baru ini, yang tidak boleh dipandang ringan kerana menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.   Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan untuk segera melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan siasatan terperinci mengikut undang-undang, jelas […]

VBC 2025 MEDIUM PENYATUAN IPT SELURUH NEGARA

  #JohorBahru – Varsity Boules Championship (VBC) 2025 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) serta Institusi Pendidikan Tinggi di seluruh negara berlangsung selama lima hari bermula 26 Ogos 2025 di dua venue sekitar Johor Bahru.   Kejohanan sukan berprestij ini menghimpunkan tiga acara utama iaitu acara Petanque dan Boling […]

JOHOR NEGERI PERTAMA GUNA JENTERA CANGGIH BAIKI ‘POTHOLE’

  #IskandarPuteri – Usaha Johor untuk terus menyediakan sistem jaringan jalan raya yang berkualiti tinggi dan mampan terus diperkasakan apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Pasifik yang bakal menggunakan dua unit jentera berteknologi tinggi JCB Pothole Pro dari Staffordshire, United Kingdom bagi mempercepat kerja dan memperkemas proses tampalan jalan berlubang atau ‘pothole’.   Dengan […]

PALSGAARD RANCANG TAMBAH PELABURAN LEBIH RM100 JUTA DI JOHOR

  #IskandarPuteri – Palsgaard Malaysia Sdn. Bhd. selaku syarikat peneraju global dalam pengeluaran penstabil dan emulsi makanan dari Denmark merancang untuk menambah pelaburan antara RM100 hingga RM120 juta bagi memperluaskan fasiliti pembuatan sedia ada di Kawasan Industri SILC.   Memulakan operasi pada tahun 2013 dengan pelaburan hampir RM200 juta, Palsgaard yang kini berkapasiti pengeluaran 20,000 […]

JOHOR BUSINESS SUMMIT & EXPO 2025 HIMPUN USAHAWAN DARI 10 NEGARA

  #IskandarPuteri – Johor Business Summit & Expo (JBSE) 2025 bakal menjadi platform bertaraf antarabangsa yang akan menghimpunkan penyertaan delegasi dari 10 negara termasuk Indonesia, Singapura, China, Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Kanada dan Kemboja.   Penganjuran expo berkenaan yang julung kali oleh Kerajaan Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) dengan kerjasama Kotler Impact […]

ETS3 HUBUNGKAN KUALA LUMPUR – JOHOR BAHRU NOVEMBER INI

  #IskandarPuteri – Perluasan projek Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) berada pada landasan tepat selaras dengan perancangan dan menuju ke arah rangkaian penuh dari Kuala Lumpur hingga ke Johor Bahru menjelang November ini.   Bagi memperkukuh rangkaian berkenaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menerima 10 set tren baharu ETS3 yang bakal memastikan kapasiti dan […]

MET MALAYSIA NASIHAT ORANG RAMAI TIDAK PANIK SUSULAN GEMPA BUMI LEMAH

  #IskandarPuteri – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menasihatkan orang ramai supaya tidak panik susulan gempa bumi lemah di negeri ini, termasuk satu kejadian baharu yang berlaku pagi tadi berikutan laporan analisis menunjukkan gegaran adalah pada magnitud rendah.   Orang ramai juga diminta tidak bimbang kerana skala gempa bumi terutama di Semenanjung Malaysia adalah kecil […]

JOHOR SMART CITY FORUM 2025 HIMPUN NEGARA ASEAN

  #Kulai – Johor terus memperkukuh agenda menuju ke arah sebuah negeri maju dan juga peneraju bandar pintar menjelang tahun 2030 dengan menganjurkan Johor Smart City Forum (JSCF) 2025 yang bakal menghimpunkan penyertaan antarabangsa khususnya membabitkan negara-negara anggota ASEAN.   Buat pertama kalinya, JSCF 2025 membuka ruang kerjasama serantau dengan penyertaan delegasi dari Indonesia, Filipina, […]

GEMPA BUMI LEMAH DI SEGAMAT, JAUHI STRUKTUR TIDAK KUKUH

  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bersama pelbagai agensi berkaitan kini memantau dengan teliti kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.1 magnitud pada jam 6.13 pagi tadi, di kawasan Segamat.   Susulan kejadian tersebut, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor juga telah berhubung dengan YBhg. Tuan Haji Mohd Ezzuddin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat bagi mendapatkan […]