Tag Archive for: johor

ARWAH ‘PERGI’ SEBAGAI SEORANG PEJUANG

  Tiada apa yang lebih memilukan buat insan yang bergelar bapa untuk menerima ketentuan anak tersayang telah ‘pergi’ terlebih dahulu dijemput ilahi dan lebih-lebih lagi dalam keadaan yang menyayat hati.   Namun bagi Mohamad Borak, 71, beliau menganggapnya sebagai ketentuan daripada Allah dan akan tetap reda serta mendoakan supaya anak keduanya, Allahyarham Komander Muhamad Amir […]

AIR MATA IRINGI PERJALANAN TERAKHIR ALLAHYARHAM KOMANDER MUHAMAD AMIR

  Genangan air mata daripada ahli keluarga, rakan sepasukan, sahabat handai dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir kesatria negara, Allahyarham Komander Muhamad Amir Mohamad Pegawai Pemerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke negeri abadi.   Terdahulu, Jenazah Allahyarham Komander Muhamad Amir, 44, tiba dari Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di […]

TMIYC MAMPU BINA GENERASI BELIA SIHAT

  Oleh Dr. Noraishah Daud   Pembangunan fizikal, emosi, mental, resilien dan hubungan sosial menjadi antara elemen campuran yang berjaya diterjemahkan dalam satu entiti iaitu Tunku Mahkota Ismail Youth Centre atau lebih diterkenal dengan nama singkatannya iaitu TMIYC.   Malah, pembangunan TMIYC yang menjadi antara gagasan yang diilhamkan sendiri oleh DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku […]

MURID SAKJ DIBENAR PAKAI BAJU SUKAN

  Susulan keadaan cuaca panas pada ketika ini, murid Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) diberikan kelonggaran untuk memakai pakaian sukan bersesuaian dan sopan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.   Selain kebenaran khas itu, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor meminta Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) menangguhkan […]

RM2.8 JUTA BANTUAN KASIH MURID JOHOR RINGAN BEBAN KELUARGA B40

  Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta bagi pelaksanaan Bantuan Kasih Murid Johor sebagai usaha meringankan beban perbelanjaan keluarga B40 menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun 2024/2025 pada 10 Mac nanti.   Inisiatif yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 11,200 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini […]

WASPADA PENYAKIT BUAH PINGGANG PEMBUNUH SENYAP

  Melakukan saringan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang berupaya mengesan dengan lebih awal penyakit serta merupakan langkah praktikal penjagaan buah pinggang, organ penting dalam badan manusia.   Antara tanda atau gejala awal penyakit buah pinggang yang dikategorikan sebagai ‘pembunuh senyap’ adalah mengalami masalah bengkak pada bahagian […]

SEMANGAT AZIB ZAFRAN GAMATKAN KOMPLEKS SUKAN EDUCITY

Semangat juang yang tinggi dan membanggakan. Itu yang ditonjolkan oleh Peninju Johor, Azib Zafran Zolkarnain apabila muncul juara Light Middle (71 kilogram) Kejohanan Golden Gloves Championship 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, malam tadi.   Kemenangan epik Azib Zafran bukan sesuatu yang mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Peninju Singapura, Aadhi Prahnvh sejak seawal […]

KEJOHANAN TINJU ‘GOLDEN GLOVES’ 2024 BUKA TIRAI

Kejohanan Tinju Golden Gloves 2024 membuka tirai dengan lakaran sejarah tersendiri apabila Negeri Johor menjadi tuan rumah dan menerima penyertaan 233 petinju dari seluruh negara berhimpun di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri bermula 26 Febuari sehingga 2 Mac ini.   Istimewanya kejohanan anjuran Persatuan Tinju Negeri Johor dengan Kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) turut menampilkan […]

KEMPEN DERMA DARAH YAYASAN KPRJ TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

  Program derma darah anjuran Yayasan KPRJ mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir ke Eco Galleria, Iskandar Puteri, melakukan pendermaan darah bagi menambah bekalan darah di hospital.   Suri rumah, V. Nagarani, 42, berkongsi telah menderma darah buat pertama kali ketika berusia 36 tahun dan kemudiannya berbuat sedemikian setiap tiga bulan sekali […]

BUDAYA AL-QURAN PENJAWAT AWAM JOHOR TERUS JADI AMALAN

  Kerajaan Johor meneruskan amalan membudayakan al-Quran bagi menyemarakkan penghayatan kandungan al-Quran dalam kalangan penjawat awam beragama Islam di negeri.   Berlangsung selama satu jam pada setiap hari Khamis, amalan dianjurkan menjadi aktiviti yang dapat memberikan pengisian rohani seluruh jabatan agensi Kerajaan Negeri.   Bacaan Surah Al-Baqarah ayat 30 hingga 37 serta Surah Al-Kahfi ayat […]