EXCO ALAM SEKITAR TINJAU TAPAK PROJEK PUNCA BANJIR
ISKANDAR PUTERI — EXCO Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar melakukan tinjauan Ops Lumpur, semalam. Tinjauan tersebut dilakukan terhadap tapak projek dipercayai menjadi punca berlakunya banjir di Johor Bahru dan Pasir Gudang, semalam. Menurut beliau, turut dilaksanakan pemantauan terhadap pematuhan Pelan Kerja Tanah serta Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak […]