Tag Archive for: Kontinjen Johor

JOHOR SEDIA JADI VENUE BOLA SEPAK SUKAN SEA


  #IskandarPuteri – Kerajaan Negeri akan memohon perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak pada temasya Sukan SEA 2027.   Tiga venue sudah dikenal pasti untuk dicadangkan oleh Kerajaan Negeri sebagai gelanggang acara berkenaan iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang […]

JOHOR JOHAN KESELURUHAN MIISMAM 2024


  Negeri Johor dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Ihtifal Ilmiah Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Ke-10 tahun 2024 yang berakhir hari ini, sekali gus mengukuhkan prestasi cemerlang negeri ini dalam pendidikan Islam.   Selepas tiga hari pertandingan berlangsung, kontinjen Johor berjaya mengungguli acara-acara seperti Tilawah Al-Quran, Syarahan Bahasa Melayu, Kitabul Maqal, Bahas Bahasa Melayu Ala […]

UMAR OSMAN PERBAHARUI REKOD SUKMA


  Pelari 400 meter Johor mencetuskan sensasi pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak apabila mencatat rekod baharu dengan catatan 46.78 saat.   Umar Osman nyata sukar digugat apabila merangkul pingat emas ketiga dalam sukan Olahraga, selepas beliau turut mencatat rekod baharu acara kuartet 4×400 meter lelaki dengan catatan masa 3:12.35 […]

KHAIRUNNISA ALEEYA SUMBANG PINGAT EMAS PERTAMA JOHOR


  Lagu Bangsa Johor berkumandang buat kali pertama di Bumi Kenyalang apabila Khairunnisa Aleeya menghadiahkan pingat emas sulung buat kontinjen Johor setelah mengungguli sukan berbasikal acara lepas beramai-ramai individu wanita pada temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.   Selepas mendapat tempat keempat pada acara kriterium sebelum ini, Khairunnisa mengakui sedikit terkilan tidak dapat mencipta […]

TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA


  Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.   Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan […]

SUKMA XXI SARAWAK 2024 ‘DEBUT’ BUAT HAKIMI


  Sesiapa sahaja akan bangga bila menerima peluang untuk berjuang demi Negeri Johor dalam apa acara sukan sekalipun, apatah lagi apabila pertama kali disenarai untuk mewakili kontinjen Johor di Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024.   Muhammad Hakimi Roslan, 17, sangat berbesar hati dan berasa teruja apabila nama beliau tersenarai dalam pasukan memanah kontinjen Johor […]

JOHOR SEDIA GEGAR BUMI KENYALANG


  Kontinjen Johor melaungkan kesediaan berjuang habis-habisan pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sekali gus menolak sebarang tekanan meskipun turun selaku juara bertahan temasya dwi-tahunan tersebut.   Seramai 599 atlet, 188 pengurus pasukan dan jurulatih serta 85 urusetia yang akan membawa cabaran kontinjen Johor bermula 17 hingga 24 Ogos depan diingatkan supaya sentiasa bekerjasama […]

JAGA IMEJ BAIK NEGERI JOHOR


  Kontinjen Johor akan memulakan episod baharu temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak bulan hadapan selaku juara bertahan dan reputasi ini pasti akan menyebabkan mata peminat sukan tanah air akan memberi tumpuan lebih terhadap semua atlet Johor.   YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor […]