Tag Archive for: Sarawak

ANAK MUDA JOHOR DAMBAKAN MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH

  #IskandarPuteri – Akses pendidikan, peluang pekerjaan dan perniagaan, prasarana yang terbaik dan pembangunan sosial sentiasa menjadi antara intipati utama harapan dalam kalangan Anak Muda Johor.   Impian dan harapan ini mungkin hanya akan dapat direalisasikan dengan sebaik mungkin apabila Kerajaan Negeri mempunyai sumber kewangan yang kukuh termasuklah menerusi titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku […]

ZI HAO PASANG IMPIAN KE OLIMPIK

  Atlet lawan pedang Johor, Teh Zi Hao menepati ramalan meraih pingat emas dalam saingan lawan pedang menewaskan Tony Lee dari Melaka, 15-13 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.   Cemerlang dalam acara kegemarannya, sabre individu lelaki, Zi Hao memasang impian untuk beraksi di pentas […]

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]

TUAH PENAMPILAN SULUNG ANIQ DI PENTAS SUKMA

  Mewakili negeri kelahiran buat kali pertama untuk acara berbasikal bagi temasya Sukan Malaysia XXI (SUKMA) Sarawak 2024 nyata menjadi satu kebanggaan bagi Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman.   Nazirul Aniq yang meminati sukan basikal sejak usia 14 tahun membuktikan bahawa segala penat lelah beliau berhasil selepas memenangi pingat perak bagi acara lepas beramai-ramai berpasukan […]