Tag Archive for: SUKMA SARAWAK

SKUAD PETANQUE JOHOR HADIAHKAN EMAS BUAT JURULATIH

  Skuad petanque wanita Johor mendedikasikan kemenangan istimewa diraih pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat ketua jurulatih, Ruhaizal Abu Amin yang banyak berkorban demi kebajikan pasukan.   Siti Zulika Zainal Abidin, 19, yang membuat penampilan sulung di pentas SUKMA menzahirkan kesyukuran selepas dapat membantu kem petanque Johor mencapai sasaran satu pingat […]

RAGBI LELAKI JOHOR AKHIRI PENANTIAN EMAS 30 TAHUN

  Skuad ragbi Johor merangkul pingat emas selepas mudah menewaskan Terengganu 29-0 dalam perlawanan akhir di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.   Kejayaan tersebut hadir selepas kali terakhir mengungguli sukan ragbi di pentas SUKMA pada tahun 1994 selain turut mengubat kekecewaan sekadar menamatkan saingan di tempat kelima pada edisi sebelum ini.   Ketua […]

SUKMA SARAWAK XXI: TIADA REZEKI KE FINAL, SKUAD BOLA JARING SASAR PINGAT GANGSA

  Harapan skuad bola jaring Johor untuk menjengah ke aksi final pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI tidak kesampaian apabila tewas tipis kepada Kedah 40-44 dalam saingan separuh akhir di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, pagi tadi.   Bagaimanapun, skuad bimbingan Fazira Mesnan masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya mendakap pingat gangsa apabila bakal turun menentang Terengganu […]

“SUKMA BERIKUTNYA, SAYA JUARA” – RENEE

  Atlet lawan pedang Johor, Renee Wan Qing Chan tekad menjadikan pingat gangsa diraih pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sebagai semangat untuk bangkit pada edisi yang akan datang.   Renee yang baru berusia 14 tahun berjanji untuk menukar kilauan gangsa kepada emas dalam acaraj sabre perseorangan wanita pada edisi SUKMA berikutnya selain […]

MUHAMMAD BARIQ TUAI EMAS GIMNASTIK ARTISTIK

    Atlet gimnastik artistik Johor, Muhammad Bariq Adif Mat Daud menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas bagi acara Individu Keseluruhan Lelaki di Serian Conference Centre.   Memperoleh markah keseluruhan 73.375 mata, Muhammad Bariq mengatasi Wilson Wei Sin Yeoh, wakil Pulau Pinang yang meraih Perak manakala gangsa dimenangi Nor Adam Hazziq Nor Azaha dari […]

SUKMA SARAWAK XXI: PASUKAN JUDO JOHOR KOTAKAN JANJI, BAWA PULANG 4 PINGAT EMAS!

  Skuad Judo Johor membuktikan mereka berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila mengungguli acara sukan seni bela diri itu selepas berjaya membawa pulang empat pingat emas dan tiga pingat gangsa dalam tujuh acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI di Dewan Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah, hari ini. […]

SUKMA SARAWAK XXI: CABARAN BURU PINGAT EMAS BERMULA!

    Skuad Judo Kontinjen Negeri Johor hari ini memulakan kempen untuk memburu pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI menerusi acara Nage-No-Kata dan Ju-No-Kata bagi kategori lelaki serta wanita yang berlangsung di Dewan Balau, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah.   Optimis dengan prestasi semasa skuadnya, Othman Mohd Nizam Yeo, Ketua […]

ZI HAO PASANG IMPIAN KE OLIMPIK

  Atlet lawan pedang Johor, Teh Zi Hao menepati ramalan meraih pingat emas dalam saingan lawan pedang menewaskan Tony Lee dari Melaka, 15-13 pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.   Cemerlang dalam acara kegemarannya, sabre individu lelaki, Zi Hao memasang impian untuk beraksi di pentas […]

ASYRAAF TEKAD RAIH PINGAT UNTUK ARWAH IBU

  Atlet pelayaran Johor, Asyraaf Mokhtar bertekad menghadiahkan pingat dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 buat arwah ibunya, Rosmawati Md Yusuf yang meninggal dunia awal tahun ini.   Membuat penampilan ketiganya di pentas SUKMA, atlet berusia 21 tahun itu menyifatkan arwah ibunya sebagai pembakar semangat untuk tampil lebih cemerlang sejak berkecimpung dalam sukan […]

SKUAD SOFBOL WANITA JOHOR INTAI PINGAT EMAS

  Pasukan sofbol wanita Johor berjaya menempah slot ke perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 selepas menewaskan Negeri Sembilan 14-3 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, Miri.   Persembahan cemerlang Johor terserlah apabila berjaya mengutip enam mata di innings pertama, tujuh mata di innings kedua dan satu mata di innings ketiga […]