HAMPIR 2,000 PENUNTUT UiTM CAWANGAN JOHOR SERTAI SOUTHERN VOLUNTEERS
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama melancarkan Southern Volunteers (SV) di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan penyertaan hampir 2,000 penuntutnya sebagai sukarelawan. Pelancaran SV peringkat UiTM Cawangan Johor disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar bersempena Program Uni-Nature Run 3.0 […]