3,266 MAHASISWA ANAK JOHOR TERIMA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) meneruskan komitmen menyediakan pendidikan holistik kepada anak-anak Bangsa Johor menerusi penyerahan Skim Bantuan Pendaftaran (SBP) Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi fasa dua. Untuk fasa dua, seramai 3,266 mahasiswa anak Johor menerima bantuan awal untuk pendaftaran bernilai RM500 seorang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.63 juta […]