TENAGA MAHIR JOHOR SEDIA TEMBUSI INDUSTRI PUSAT DATA

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir ke Hari Kolaborasi dan Temu Duga Bakat Pusat Data Johor di EduSky Learning Academy. | Foto Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) komited menyediakan tenaga kerja mahir yang berbakat dan bersedia memenuhi pasaran pekerjaan dalam sektor berimpak tinggi.

 

Komitmen itu diterjemah melalui kesediaan 60 tenaga mahir yang telah menamatkan latihan profesional untuk diambil bekerja oleh syarkat pusat data terkemuka pada Hari Kolaborasi dan Temu Duga Bakat Pusat Data Johor di EduSky Learning Academy.

 

Kesemua mereka sebelum ini menjalani 15 modul latihan dan kini hadir sesi temu duga bersama syarikat seperti WEYOUNG (Malaysia) Sdn. Bhd., Beijing Tech Communication Technology Co. Ltd., JoyRun (Malaysia) Sdn. Bhd., DE NEW POWER Sdn. Bhd. dan Earth Stream Energy Sdn. Bhd.

 

Kehadiran tenaga mahir berkenaan untuk sesi tersebut menjadi bukti bahawa latihan diterima menerusi inisiatif JTDC melahirkan modal insan berdaya saing itu bukan sekadar teori, tetapi terus membuka jalan ke alam pekerjaan.

 

Latihan dilaksanakan sepenuhnya secara percuma melibatkan 15 kelas intensif antara lima hingga tujuh jam setiap sesi dengan kerjasama Kolej Kemahiran Johor (KKJ), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ).

 

Inisiatif bagi melahirkan modal insan lebih berdaya saing untuk masa depan Johor yang lebih gemilang itu ditinjau sendiri oleh YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor pada 13 April lalu.

 

#JTDC
#GajiPremium
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor