TIKTOK BUKA PINTU REZEKI PENIAGA IKAN BILIS


Norhaliza Sani (kiri) peniaga produk ikan bilis mata biru Gred 4A di ‘Affliate TikTok’. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#BatuPahat – Aplikasi TikTok bukan sahaja dikenali sebagai satu medium hiburan, tetapi menjadi platform penting dalam membantu peniaga menimba ilmu dan menjana pendapatan melalui pelbagai kaedah yang disediakan dalam aplikasi tersebut.

 

Norhaliza Sani, 39, peniaga ikan bilis dari Batu Pahat, Johor berasa teruja selepas menimba ilmu baru dalam Bengkel Jana Pendapatan ‘Affiliate TikTok’ bersama pempengaruh, Pak Haji Petronas anjuran Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) sempena Festival Kita Yong Peng 2025 di Dewan Persidangan MDYP.

 

Walaupun mempunyai pengalaman dalam penggunaan aplikasi Tiktok sebelum ini, Norhaliza mengakui terdapat beberapa ciri khas aplikasi tersebut yang baru dipelajari selain dapat meningkatkan kemahiran ketika penjualan produk beliau pada sesi ‘live’ TikTok.

 

Harapan Norliza supaya pihak berwajib dapat meneruskan penganjuran bengkel seperti ini supaya dapat memberi manfaat kepada peniaga yang baru memulakan perniagaan dan ingin berjinak dengan perniagaan platform digital.

 

Selain itu, Norhaliza menjual produk ikan bilis mata biru Gred 4A dari Tanjung Dawai serendah RM20.90 bagi setiap kilogram melalui program beg kuning ‘Affiliate TikTok’.

 

#KitaYongPeng
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#TepatSahihPantas
#MajuJohor