TINDAKAN INKLUSIF DIGERAKKAN UNTUK TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjawab soalan berhubung kesiapsiagaan Kerajaan Negeri menjelang Tahun Melawat Johor 2026 secara bersekali pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Wira Anggara

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menggerakkan usaha secara agresif bagi mencapai sasaran 12 juta pelancong sempena Tahun Melawat Johor 2026 dengan strategi tumpuan promosi kepada 3.6 juta Bangsa Johor serta enam juta pelawat Singapura.

 

Dengan anggaran perbelanjaan purata RM3,500 setiap pelancong, Johor berpotensi meraih hasil mencecah RM42.48 bilion sekali gus memperkukuh kedudukan negeri sebagai destinasi pelancongan ideal di rantau ini.

 

Pendekatan dua fasa melibatkan kerja menaik taraf dan pembangunan semula produk pelancongan sedia ada serta memfokuskan kempen promosi berskala besar termasuk di peringkat antarabangsa dilaksanakan bagi menjayakan hasrat berkenaan.

 

Setakat tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM67.6 juta bagi melaksanakan kerja naik taraf melibatkan 15 projek, manakala RM48.75 juta disediakan khusus untuk memperkasa 18 projek pelancongan pada tahun ini.

 

Selain itu, bagi memperkukuh tadbir urus dan daya saing sektor pelancongan negeri, Tourism Johor akan dikorporatkan, manakala Majestic Johor Tourism Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan pula berperanan melaksanakan kempen promosi ke tahap tertinggi dan antarabangsa.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menjawab soalan berhubung kesiapsiagaan Kerajaan Negeri menjelang Tahun Melawat Johor 2026 secara bersekali pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

 

#WTN
#DewanNegeriJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor