TINGKAT HASIL IKAN AIR TAWAR JOHOR
#Iskandar Puteri – Projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Kampung Awat, Segamat mendapat suntikan baharu melalui peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM150,000 bagi membangunkan semula sistem sangkar sedia ada yang terjejas akibat banjir.
Projek melibatkan inovasi baharu untuk mengurangkan risiko banjir dan ancaman pemangsa itu dilaksanakan secara berkelompok melibatkan tujuh nelayan darat dan penduduk setempat dibantu oleh Jabatan Perikanan Negeri Johor.
Sebanyak 20 set sangkar ikan, 10,000 benih ikan baung dan bantuan makanan ikan disalurkan kepada nelayan darat dan penduduk setempat dalam usaha meningkatkan pengeluaran ikan air tawar di Segamat, sekali gus menjadi pengeluar utama ikan baung di Negeri Johor.
Inisiatif Kerajaan Negeri ini dapat meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur kepada lebih RM3,000 sebulan, selain memperkenalkan ikan air tawar sebagai menu harian dan mengetengahkan masakan tradisional Johor berasaskan ikan air tawar kepada masyarakat.
Selain itu, projek yang bakal memberikan hasil dalam tempoh lapan hingga 12 bulan ini selari dengan usaha meningkatkan unjuran hasil pengeluaran akuakultur sebanyak sepuluh peratus, menjadikan jumlah 29,000 tan metrik pada tahun 2024 kepada 32,000 tan metrik pada 2025.
Menerusi Belanjawan Johor 2025, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1.65 juta bagi tujuan pemeliharaan sumber perikanan dan pembangunan industri akuakultur yang turut memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk di Kampung Awat, Segamat.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor