TMJ PUAS HATI PENCAPAIAN JDT SEJAK 2020


Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim zahir perasaan berpuas hati dengan pencapaian JDT sejak tahun 2020.

 

ISKANDAR PUTERI — Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berpuas hati atas pencapaian Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak dua tahun lalu.

 

Pemilik JDT bertitah, perasaan itu selepas menyaksikan pemain Harimau Selatan yang telah berjaya menerapkan falsafah bola sepak diperkenalkan sejak kelab tersebut ditubuhkan.

 

“Saya suka pasukan saya ‘very compact’. Saya tidak suka ada ‘gap’ dekat tengah macam contoh kita mesti biar orang kata ‘rulesless’ dalam ‘counter attack’.

 

“Tetapi kita juga perlu ‘defence’ sebagai satu unit dan ‘possession football’ yang merupakan falsafah yang kami terapkan di dalam JDT,” titah Tunku Ismail ketika ditemubual secara eksklusif oleh stesen radio Hot FM dalam segmen Bekpes Hot, hari ini.

 

Bekpes Hot merupakan segmen kendalian Johan, Fara Fauzana dan AG yang turut menampilkan Penasihat Belia Johor, Khairy Jamaluddin atau KJ sebagai penyampai di Hot FM.

 

Tunku Mahkota Johor turut berkongsi bahawa baginda sentiasa menuntut profesionalisme pemain-pemain JDT sama ada di dalam mahupun di luar padang.

 

“Saya agak tegas dalam saya punya ‘demand’ dalam segi ‘performance’ mereka, kerana mereka ini bukan terima gaji yang kecil. Oleh kerana itu, mereka harus sentiasa bersikap profesional.

 

“Orang kata.. murah hati. Selalu jaga kebajikan pemain dan benda itu dapat satu ‘respond’ yang sangat positif apabila kami tahu macam mana hendak jaga orang yang bekerja dengan kami dan mereka akan beri sepenuhnya,” titah baginda Tunku.

 

Ditanya mengenai kemasukkan ‘nama besar’ seperti Pablo Aimar ke JDT, Tunku Mahkota Johor menyifatkan langkah diambil sebagai nilai komersial meningkatkan nama pasukan di peringkat antarabangsa.

 

Menjawab soalan mengenai bola sepak wanita JDT, Tunku Ismail bertitah, perkara itu sudah menjadi sebahagian daripada perancangan pada masa akan datang.

 

“Macam contoh dulu tidak ada pasukan futsal dan baru-baru ini, kami baru ada pasukan futsal. Pada masa akan datang, apabila ‘budget’ kami ‘improved’, kami akan adakan pasukan wanita sekali,” titah baginda Tunku.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor