TUMPU PERBAHASAN KEPADA TITAH PEMANGKU SULTAN JOHOR

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar. | Foto MDJ Wira Anggara
#IskandarPuteri – Dewan Negeri Johor merafak sembah atas keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ke Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Jumaat lalu.
Bagi memastikan negeri dapat terus membangun dan taraf hidup rakyat ditingkatkan, semua Ahli Dewan Negeri Johor diseru supaya menjunjung kasih, menghormati dan menumpukan perbahasan masing-masing kepada setiap perkara yang telah dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor.
Dalam titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Kerajaan Negeri diingatkan untuk memberi keutamaan kepada pembangunan sektor ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan kesihatan rakyat agar seiring dengan aspirasi melahirkan pembangunan menyeluruh serta berimpak tinggi demi kesejahteraan Bangsa Johor.
Kejayaan merealisasikan Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) yang dulunya hanya sebuah gagasan menjadi bukti komitmen dan usaha gigih Pemangku Sultan Johor bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta pentadbiran negeri dalam memperkukuh kualiti pendidikan di Johor.
Penzahiran berkenaan disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Puad Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor dalam ucapan pemasyhurannya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini.
#WTN
#DewanNegeriJohor
#SpeakerDewanNegeriJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor