UTM KUKUH PEMBANGUNAN BAKAT JS-SEZ MENERUSI ‘WALK WITH ME’

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkukuh pembangunan bakat negeri menerusi Program Walk With Me bersama TalentCorp, selari dengan usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi menyokong Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ). | Foto Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
#IskandarPuteri – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperkukuhkan peranan sebagai pemacu pembangunan bakat negeri menerusi Program ‘Walk With Me’ bersama TalentCorp sebagai sebahagian daripada agenda strategik melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi khususnya bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Menerusi inisiatif ini, seramai 91 pelajar tahun akhir dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UTM menerima bimbingan langsung 15 tenaga pengajar daripada syarikat multinasional (MNC) dan syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi di Johor.
Program ‘Walk With Me’ dirangka sebagai peluasan pembelajaran di luar bilik darjah, membolehkan pelajar didedahkan kepada realiti dunia pekerjaan melalui lima sesi bimbingan berstruktur termasuk lawatan ke fasiliti industri.
Pendekatan ini memberikan kefahaman menyeluruh tentang kaedah penyelesaian masalah sebenar, budaya kerja dan amalan semasa industri meliputi penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia.
Inisiatif dilaksanakan sejajar dengan aspirasi UTM untuk melahirkan graduan yang cemerlang akademik dan bersedia untuk industri, berdaya saing serta yakin menghadapi cabaran pasaran kerja masa hadapan.
Selain itu, ‘Walk With Me’ menyokong peranan TalentCorp sebagai Badan Pemikir Strategik Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan agenda pembangunan bakat bagi JS-SEZ terutama dalam memastikan bakat tempatan Johor mampu memenuhi keperluan sektor-sektor berimpak tinggi.
Terdahulu, YBrs. Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTM menyempurnakan Majlis Graduasi Program ‘Walk With Me’ di Dewan Senat, UTM Skudai, Selasa lalu.
#JohorSafeZone
#UTM
#WalkWithMe
#TalentCorp
#JSSEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


