XTIF JOHOR BAKAL DILANCAR 23 OGOS INI

Inisiatif XTIF Johor akan dilancarkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada 23 Ogos ini bertempat di Masjid Jamek Kampung Air Papan. | Foto arkib MDJ
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri bakal melancarkan inisiatif XTIF Johor pada 23 Ogos ini, bagi membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat seiring dengan aspirasi menjadi ‘Johor Sports Nation’ menjelang tahun 2030.
Inisiatif yang bertemakan ‘Fun & Fitness’ itu menyentuh pelbagai elemen merangkumi institusi kekeluargaan, sekolah, agensi kerajaan dan sektor korporat sekali gus menjadikannya platform inklusif semua lapisan masyarakat.
Pelancaran XTIF Johor di Dataran Air Papan, Mersing itu menyediakan pelbagai pengisian iaitu aktiviti sukan, kecergasan, rekreasi dan hiburan kesihatan selain menjadi ruang kepada masyarakat semua peringkat umur mengamalkan gaya hidup sihat.
Bukan sahaja mengangkat imej negeri sebagai hab sukan dan rekreasi, XTIF Johor menjadi bukti komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam membina masyarakat yang sihat, bersatu padu serta berdaya saing untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Sebelum pelancaran XTIF Johor yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, berlangsungnya program Semarak Subuh Daerah Mersing di Masjid Jamek Kampung Air Papan diikuti senamrobik dan ‘fun run’ sejauh 2.5 kilometer menuju Dataran Air Papan.
Pada majlis sama, turut akan berlangsung sesi pameran dan ‘mini games’ serta acara Southern Volunteers (SV) Go Green@Johor Bersih di lokasi sama sebagai usaha memupuk kesedaran kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
#XTIFJohor
#SouthernVolunteers
#JohorBersih
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor