1,470 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN YAYASAN PETRONAS


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh menyampaikan sumbangan daripada Yayasan PETRONAS dalam Program PETRONAS Memperkasakan Ilmu : Back To School 2023 Peringkat Negeri Johor, pada khamis. | Foto Ihsan FB Norliza Noh.

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 1,470 pelajar di negeri ini, menerima kelengkapan persekolahan sumbangan daripada Yayasan PETRONAS dalam Program PETRONAS Memperkasakan Ilmu : Back To School 2023 Peringkat Negeri Johor.

 

Hadir menyempurnakan pelancaran majlis adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh.

 

Norlizah berkata, setiap penerima menerima peralatan persekolahan bernilai RM220 bagi murid sekolah rendah dan RM290 untuk pelajar sekolah menengah.

 

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak PETRONAS dalam membantu anak–anak ini dalam persediaan mereka mendepani cabaran sesi persekolahan dan pembelajaran,” kata beliau dalam Facebook rasminya, pada Khamis.

 

Pada majlis tersebut, Norlizah turut bersama warga pendidik dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah Muar Tahun 2022.

 

“Majlis ini telah memberikan pengiktirafan kepada 370 orang pegawai dari pelbagai peringkat jawatan iaitu Penolong Pegawai Pendidikan, Pentadbir Sekolah, Guru-guru serta AKP di daerah Muar,” katanya.

 

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Abdul Rahman Selamat serta Pengurus Besar PETRONAS Selatan, Mohd Zaki Mahat.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor