KERAJAAN JOHOR PASTIKAN MERSING BERDAYA MAJU


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K. Raven Kumar hadir ke lawatan bagi mengunjungi tapak projek sakit serta tapak projek perumahan yang bakal dibangunkan. | Foto ihsan: Facebook Mohd Jafni Md Shukor.

 

ISKANDAR PUTERI — Kerajaan negeri komited memastikan Mersing terus mengalami arus kemajuan dalam pelbagai aspek mencakupi soal pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor telah mengadakan lawatan ke daerah berkenaan.

 

Dalam lawatan itu, beliau mengunjungi tapak projek sakit selain tapak baharu projek perumahan yang akan dibangunkan oleh Pemaju Lagenda.

 

“Pembangunan perumahan dengan jumlah yang besar lebih 2,000 unit pelbagai jenis ini dijangka akan siap sepenuhnya secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bakal merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Mersing,” katanya dalam Facebook rasminya, pada Khamis.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, K. Raven Kumar.

 

Mohd Jafni juga melawat Bangunan Medan Selera Baharu di Mersing yang baru sahaja disiapkan oleh Majlis Daerah Mersing (MDM).

 

“Pastinya medan selera ini bakal menjadi kawasan tumpuan dan daya tarikan baru di Bandar Mersing.

 

“Kerajaan Negeri di bawah urus tadbir Menteri Besar Johor sentiasa akan memudahkan dan membantu mana-mana pihak yang ingin sama-sama memajukan Johor dalam segala aspek,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor