IIB SEDIA PLATFORM UNTUK SYARIKAT PERMULAAN BERKEMBANG MAJU


Platform Match@Medini juga menyediakan akses untuk mendapatkan pembiayaan kepada syarikat pemula termasuk daripada Khazanah Dana Impak.

 

ISKANDAR PUTERI — Iskandar Investment Berhad (IIB) menganjurkan program Match@Medini sebagai platform kepada syarikat pemulaan mengakses pembiayaan diperlukan untuk berkembang maju.

 

Program perintis dalam bentuk sesi ‘pitching’ di bawah inisiatif TechMedini bertemakan ‘Inovasi Logistik Makanan’ itu merupakan anjuran bersama Thought for Food (TFF) dan peneraju industri logistik global, DHL.

 

Sebanyak 20 syarikat permulaaan mempamerkan idea-idea menarik dalam program yang turut disertai 22 pemodal teroka, rakan kongsi pembiayaan dan syarikat korporat.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim berkata, pihaknya berbangga menjadi tuan rumah platform untuk syarikat pemulaan berinteraksi dengan pemodal teroka, pelabur dan pemegang saham utama lain.

 

“Gabungan tenaga dengan DHL dan TFF dalam kerjasama strategik ini menandakan kejayaan penting dalam usaha kami untuk memacu inovasi digital dan memupuk pertumbuhan keusahawanan.

 

“Platform ini juga menyediakan akses untuk mendapatkan pembiayaan kepada syarikat pemula termasuk daripada Khazanah Dana Impak,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Khamis.

 

Idzham berkata, syarikat pemulaan perlu mewujudkan kehadiran dan memanfaatkan segala sumber sokongan disediakan oleh IIB sekali gus berada dalam pertumbuhan pesat serta merebut peluang dalam Medini Iskandar Malaysia.

 

“Melalui platform Match@Medini, IIB akan dapat mewujudkan lagi Daerah Pusat Perniagaan (CBD) Karbon Sifar Bersih di Medini, untuk terus menunjukkan komitmen kami terhadap kelestarian dan inovasi,” katanya.

 

Kerjasama antara IIB, DHL dan TFF adalah bukti visi bersama untuk memacu transformasi digital, memupuk inovasi mampan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi ekosistem permulaan.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor