157 MAHASISWA DILANTIK DUTA PERPADUAN JOHOR 2.0


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon (lima dari kiri) melantik seramai 157 mahasiswa IPT sebagai Duta Perpaduan Johor 2.0. | Foto Kementerian Perpaduan Negara

 

Seramai 157 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dilantik menjadi Duta Perpaduan Johor 2.0 bagi meneruskan inisiatif penting dalam usaha mengukuhkan nilai perpaduan sesama masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon memaklumkan, mahasiswa yang terpilih akan mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum menerusi pendekatan turun padang mendekati masyarakat secara keseluruhan.

 

Mereka yang dilantik berumur di antara 18 hingga 25 tahun itu juga akan ditugaskan untuk mengeratkan jalinan perpaduan melalui pelbagai aktiviti termasuk sukan, kebudayaan, keusahawanan, pertanian dan pendidikan sekali gus berupaya menyuntik semangat Bangsa Johor.

 

Terdahulu, Tian Soon hadir selaku wakil rasmi Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi merasmikan Program Ekspo Aquagro Rukun Tetangga dan Simposium Duta Perpaduan Johor 2024 di Dewan PPR Sri Stulang, Johor Bahru. Hadir sama ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

 

Untuk rekod, lebih 300 mahasiswa terpilih telah dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor sejak program tersebut diperkenalkan pada 2022 bagi menjadikan golongan tersebut sebagai contoh dan teladan yang menyuntik semangat perpaduan kepada masyarakat di negeri ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor