16,000 TETAMU MERIAHKAN JELAJAH ASPIRASI ORANG MUDA JOHOR @ JOHOR BAHRU


Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin berlangsung di Arena Larkin. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Johor Bahru menampilkan kelainan tersendiri apabila diadakan dalam suasana kemeriahan Syawal dan dianjurkan bersekali dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Larkin.

 

Lebih 16,000 tetamu terdiri golongan belia mewakili sukarelawan Southern Volunteers dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negeri ini, menyemarakkan jelajah yang memasuki siri ketiga berlangsung di Arena Larkin.

 

Sama seperti pengisian bagi siri terdahulu berlangsung di daerah Segamat dan Kluang, jelajah pada kali ini masih meneruskan pameran kerjaya MYFutureJobs oleh PERKESO, pameran jabatan dan agensi kerajaan selain Jualan Rahmah DUN Larkin.

 

Turut disediakan pameran Identiti Bangsa Johor di perkarangan Arena Larkin di samping sajian aneka juadah serta persembahan artis terkenal antaranya Dato’ Hattan, Haziq Rosebi, Azlan & The Typewriter dan Erin CTJ serta artis Yayasan Warisan Johor.

 

Terdahulu, YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Larkin meraikan kehadiran tetamu ke jelajah dan rumah terbuka dianjurkan.

 

Hadir sama, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia, Sukarelawan).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor