27 PENJAWAT AWAM JOHOR RAIH SARJANA, PERKUKUH KUALITI PENTADBIRAN NEGERI

YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor meraikan para graduan sempena Majlis Konvokesyen UTM Ke-70 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengenai kepentingan meningkatkan standard serta kemahiran profesional pegawai tadbir negeri, seramai 27 penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi berkaitan menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah sempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-70, hari ini.
Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama UTM dengan Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor di bawah Kluster Pentadbiran dan Pembangunan Tanah yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ilmu dan kepakaran yang relevan dengan tugasan pentadbiran negeri.
Seramai 21 penerima merupakan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS), antaranya YBhg Tuan Haji Ts. Mohd Johari Tarmidi, Pegawai Daerah Kulai; YBhg Encik Hisyamudin Amat, Pentadbir Tanah Segamat; YBhg Encik Mohd Norman Noh, Pentadbir Tanah Kluang; YBhg Encik Ts. Mahathir Abdul Shukor, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pemantauan dan Penilaian Program Pembangunan dan Teknikal; serta YBhg Encik Mohd Fairul Surian, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis.
Turut diraikan ialah YBhg Encik Mohd Izzul Helmi Ahmad, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam; YBhg Encik Noor Azmi Md Omar, Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor; YBhg Encik Mohd Ezwan Abdul Ghani, Setiausaha Jawatankuasa (Pengurusan Mesyuarat) Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor; YM Ungku Mohamed Alif Ungku Farouk, Setiausaha Majlis Perbandaran Segamat; dan YBhg Encik Zalhafiz Hamzah, Penolong Setiausaha Kanan (Pembangunan Sektoral) Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.
Kumpulan penerima ijazah ini turut melibatkan YBhg Encik Mohd Fairus Surat, Ketua (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor; YBhg Encik Mohamad Noor Azam Sulaiman, Penolong Pentadbir Tanah dan Daerah Kecil Rengit; YBhg Encik Zulkifli Muhammad, Ketua Penolong Pengarah (Hakmilik Strata) Pejabat Tanah dan Galian Johor; YBhg Encik Mohd Fadzli Mohd Zaid, Ketua Transformasi Digital Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor; dan YBhg Encik Mohamed Afiq Zubir, Ketua Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Turut menerima ijazah ialah YBhg Encik Muhamad Khairul Faiz Mashod, Penolong Pengarah (Pembangunan) Pejabat Tanah dan Galian Johor; YBhg Encik Muhammad Asyraf Abd Aziz, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Pontian; YBhg Encik Amirul Hafiz Jalil, Timbalan Pengarah (Operasi) Institut Dato’ Onn; YBhg Encik Mohammad Irfan Akmal Mohammad Ghazali, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Batu Pahat; YBhg Encik Arsyad Nordin, Penolong Pengarah (Audit Dalam) Jabatan Agama Islam Negeri Johor; dan YBhg Encik Muhamad Hafiz Mokrey, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Pejabat Daerah Mersing.
Enam lagi penerima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan ialah YBhg Encik Mohamad Fahim Azman Ab Jalal, Pegawai Tadbir Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP); YBhg Tpr Puan Ruzanna Muhamed dan YBhg Puan Safwan Shaari, Pegawai Perancang dan Desa MBIP; YBhg Puan Mahfuzah Md Muslim, Pegawai Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); YBhg Puan Mastura Othman, Pegawai Penilaian Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP); serta YBhg Puan Nor Ezan Samad, Naib Presiden Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Kesemua penerima ijazah turut diraikan oleh YB Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, sekali gus mencerminkan sokongan dan usaha berterusan dalam memperkukuh kompetensi modal insan perkhidmatan awam Johor, khususnya dalam melahirkan barisan pentadbir berilmu, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi.
Terdahulu, YBhg Tan Sri Dato’ Sri Jamaludin Ibrahim, Pro-Canselor UTM, telah menyempurnakan penyampaian ijazah kepada para graduan sempena Majlis Konvokesyen UTM Ke-70 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru.
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


