300 MURID DUN PENAWAR TERIMA BANTUAN SEKOLAH

YB Puan Fauziah Misri, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Penawar menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima Program Bantuan Kasih Murid Johor 2025 sempena sesi akademik baharu. | Foto Fauziah Misri – Adun Penawar
#IskandarPuteri – Seramai 300 murid sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri untuk Program Bantuan Kasih Murid Johor 2025 bagi memulakan sesi akademik baharu.
Antara sumbangan yang disampaikan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Penawar, Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Yayasan Makmur Pengerang adalah beg, alat tulis, tumbler, buku nota, wang tunai serta pelbagai.
Bantuan Kasih Murid Johor 2025 sempena program Kembali Ke Sekolah 2025 diilhamkan oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang memasuki tahun kedua itu bagi meringankan beban ibu bapa membuat persediaan sekolah anak.
Pada majlis sama, turut disampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang disumbangkan oleh PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC) dan Yayasan Makmur Pengerang.
Terdahulu, berlangsungnya Bantuan Kasih Murid Johor 2025 (Kembali Ke Sekolah 2025) dan Majlis Serahan Sumbangan Mangsa Banjir di Dewan Muafakat, Taman Desaru Utama, semalam.
Turut hadir, YB Puan Fauziah Misri, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Penawar; YBrs. Encik Azan Hamin, Penolong Pegawai Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi; YBhg. Encik Norshamsul Mohamed, Ketua WHIP MPP; YBhg. Encik Abdul Hadi Sydee, Pengerusi Yayasan Makmur Pengerang serta YBhg. Encik Faiz Lee Johan Lee, wakil PRPC.
#BantuanKasihMuridJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor