300 SUKARELAWAN MERIAHKAN HKBM 2024 JOHOR


 Lebih 300 sukarelawan memeriahkan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Johor 2024 di Zoo Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

#JohorBahru – Lebih 300 sukarelawan memeriahkan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Johor 2024 hari ini yang berlangsung di Zoo Johor, destinasi tumpuan utama pengunjung sejak dibuka semula pada Ogos lalu.

 

Sukarelawan terdiri daripada pelbagai latar belakang dan persatuan itu bukan sahaja diraikan malah menerima pengiktirafan atas sumbangan memupuk kesedaran serta tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

 

Antara badan sukarelawan yang hadir adalah Southern Volunteers (SV), Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), Riadah Anak Johor (RAJ), Majlis Belia Daerah, Kelab-Kelab Belia, Kelab-Kelab Sukan, Pengakap Kelana Daerah dan Sukarelawan Yayasan Ikhlas.

 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Johor merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana memupuk nilai kesukarelawanan yang tinggi kepada belia khususnya melalui SV hingga berjaya memainkan peranan signifikan dalam gerakan dan aktiviti kesukarelawanan.

 

Sambutan HKBM Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 merupakan anjuran JBSN Johor dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Negeri Johor serta SV.

 

Hadir memeriahkan sambutan adalah YBhg. Encik Shamsuhaime Basir, Pengarah JBSN Johor; YBhg. Encik Mohd Hafiz Aliman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan (Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor) dan YBhg. Encik Anwar Zamil Malham, Timbalan Pengarah Media Digital Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor