48 PPS BEROPERASI DI TUJUH DAERAH


Pontian merupakan daerah terkini dilanda banjir dengan satu PPS dibuka iaitu SK Melayu Raya | Sumber gambar Facebook Angkatan Pertahanan Awam Daerah Pontian.

 

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak 48 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan beroperasi bagi menempatkan 1,275 keluarga terdiri 4,562 penduduk di tujuh daerah yang terjejas akibat banjir di Negeri Johor.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam laporan jam 8 malam, memaklumkan Pontian merupakan daerah terkini dilanda banjir dengan satu PPS dibuka iaitu SK Melayu Raya.

 

Terdapat tiga lagi PPS baharu dibuka iaitu SK Sri Mersing di Mersing diikuti SK Kahang Batu 28 di Kluang dan Dewan Balairaya Kampung Bukit Tunggal di Segamat.

 

Dalam perkembangan lain, paras air di lima sub-lembangan berada pada aras Bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas, Sungai Segamat, Sungai Segamat di Segamat Kecil, Sungai Kahang di Kampung Contoh dan Sungai Pontian Besar.

 

Selain itu, lima sub-lembangan berada pada aras Amaran iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Parit Tengah, Sungai Skudai di Kampung Separa, Sungai Endau dan Sungai Batu Pahat.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor