EXCO KERAJAAN JOHOR SANTUNI MANGSA BANJIR DI BUKIT KEPONG


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengadakan lawatan ke PPS SK FELDA Maokil 2 di Bukit Kepong, Muar | Sumber gambar Facebook Hairi Md Shah.

 

ISKANDAR PUTERI — Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK FELDA Maokil 2 di Bukit Kepong, Muar.

 

Lawatan tersebut dilakukan selepas beliau selesai menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Johor, hari ini.

 

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Pegawai Daerah Muar, Dato’ Mustaffa Kamal Shamsudin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Belia, Sukan dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar.

 

“Bersama saya juga dalam lawatan tadi ialah Pegawai-Pegawai dari Pejabat FELDA Johor, Team Southern Volunteers (SV) daerah Muar, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pasukan tentera.

 

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kesungguhan Team SV Muar dan Pejabat Daerah Muar yang sentiasa bersiap siaga. Tanpa diragui persediaan dan persiapan dilakukan cukup teliti. Tahniah semua!,” katanya.

 

Kehadiran Mohd Hairi membuka peluang kepada beliau untuk menyampaikan bantuan keperluan selain menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor