90 PENGERUSI PEDi NEGERI JOHOR TERIMA WATIKAH PELANTIKAN


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh bersama Pengerusi PEDi dengan watikah pelantikan masing-masing | Sumber Facebook Norliza Noh

 

ISKANDAR PUTERI — Seramai 90 individu menerima watikah pelantikan sebagai pengerusi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di negeri ini, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh berkata, pelantikan pengerusi PEDi itu dipilih di kalangan pemimpin masyarakat.

“Pelantikan Pengerusi ini dipilih daripada kalangan pemimpin masyarakat setempat di kesemua 90 PEDi seluruh negeri Johor.

“Dengan pelantikan ini, adalah diharapkan agar peranan dan fungsi PEDi dapat diperkasakan supaya dapat dinikmati manfaatnya oleh penduduk setempat,” katanya, semalam.

Pada majlis sama, turut diadakan taklimat telekomunikasi bersama pengguna Negeri Johor.

Norlizah berkata, taklimat tersebut turut membuka ruang sesi dialog antara pengguna dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Johor.

“Mereka turut berkongsi pengalaman sebagai pengguna telekomunikasi di tempat masing-masing serta turut menyampaikan aduan secara terus kepada pihak SKMM Johor.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pihak SKMM Johor terutamanya Tuan Pengarah, En Mohamad Rizal Bin Ahmad yang telah memberi maklumbalas dan akan memastikan setiap syarikat telekomunikasi untuk memberi perhatian dan mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diberikan pada majlis ini,” katanya.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor