KEBERANGKATAN PULANG SULTAN JOHOR DISAMBUT MERIAH


DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar melambaikan tangan kepada rakyat semasa keberangkatan pulang selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Keberangkatan pulang DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 disambut penuh mesra dan meriah lebih 2,000 rakyat di Skudai Parade, hari ini.

 

Kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut universiti, orang awam dan sukarelawan Southern Volunteers yang meraikan konvoi DiRaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

 

Keterujaan Bangsa Johor menantikan keberangkatan pulang Sultan Ibrahim sambil mengibarkan bendera Johor sejak seawal jam 7 pagi, kemudiannya dibalas dengan lambaian Baginda Tuanku Sultan bersama konvoi DiRaja ketika melintasi mereka.

 

Pada 27 Oktober 2023 lalu, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya Yang Ke-263 (Khas) di Istana Negara bersetuju mengisytiharkan DYMM Sultan Johor dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bermula 31 Januari 2024.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor