KERAJAAN JOHOR TERUS UTAMAKAN KESELESAAN RAKYAT


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan projek-projek melibatkan infrastruktur di Parit Sulong, Batu Pahat dijangka siap Februari hadapan.

 

Projek menaik taraf agihan air di Parit Sulong, Batu Pahat melibatkan kos RM18.65 juta dijangka siap pada Februari tahun hadapan, sekali gus bakal memberi manfaat kepada 18,428 pengguna selain 547 premis.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan projek yang siap sebelum Aidilfitri itu akan menyelesaikan keperluan mendesak penduduk akibat tekanan air rendah dan terputus bekalan terutama pada musim perayaan.

 

Antara skop kerja bagi projek tersebut adalah penanaman paip bersaiz 600mm dan 350mm jenis ‘Mild Steel’ sepanjang 2 kilometer, membaik pulih tangki mendapan serta sistem pam dan peralatan mekanikal di Loji Rawatan Air (LRA) Parit Sulong.

 

Sementara itu, Mohamad Fazli juga memberitahu projek Jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading, Batu Pahat yang dijangka memberi manfaat kepada 49,063 pengguna bakal siap sepenuhnya pada Disember tahun hadapan.

 

Projek membina laluan baharu merentasi jalan Kampung Rahmat dan Estet Sri Gading itu bakal menjadi jalan penghubung antara jalan Batu Pahat-Kluang (FT050) ke jalan Tanjung Laboh (FT005).

 

Pelaksanaan projek berkenaan dapat memendekkan jarak dan masa perjalanan dari 16.8km kepada 9.5km iaitu tempoh 25 minit kepada 10 minit seterusnya melancarkan aliran trafik.

 

Kedua-dua projek itu membuktikan komitmen Kerajaan Johor yang sentiasa prihatin dalam memastikan keperluan bekalan air adalah mencukupi selain keselesaan rakyat dengan jaringan jaringan raya yang baik.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor