FLLSPG 2024 LAKAR SEJARAH CATAT KEHADIRAN 500,000 PENGUNJUNG


Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024 melabuhkan tirai, semalam. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Setelah hampir tiga dekad penganjurannya, Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) Tahun 2024 menciptakan satu lagi sejarah tersendiri apabila menerima kehadiran seramai 500,000 pengunjung sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan.

 

Sepanjang sembilan hari berlangsung, keunikan diketengahkan dalam acara tahunan berprestij anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Pelayang Malaysia (MPM) dan Persatuan Pelayang Johor (PPJ) menjadikan penganjuran kali ini amat membanggakan.

 

Tema ‘Budaya Dinamik’ yang dipilih menjadi antara faktor terpenting penganjuran festival yang menjangkau edisi ke-26, dengan menggabungkan pertunjukan layang-layang tradisional dan wau dengan layang-layang moden seperti ‘stunt kite’, layang-layang gergasi serta dron bercahaya.

 

Malah, pertunjukan pelayang ‘Stunt Kite’ dan layang-layang bercahaya daripada peserta antarabangsa dari Argentina, China dan Eropah mempersembahkan kemahiran dengan aksi mengendali yang luar biasa juga berjaya memukau pengunjung.

 

FLLSPG yang tersenarai dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor mula dianjurkan sejak tahun 1995 telah meletakkan Pasir Gudang dan Negeri Johor amnya di mata dunia, malah pernah merekodkan penyertaan tertinggi sebanyak 49 negara pada tahun 2015 berbanding lapan negara pada awalnya.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor