KERAJAAN NEGERI, PAKAR BINCANG MITIGASI BENCANA GEOHIDROLOGI


YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor merasmikan Simposium Bencana Geohidrologi dan Mitigasi 2024, hari ini. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Mengenal pasti langkah dan tindakan mitigasi efektif menyelesaikan cabaran geohidrologi terutama bencana banjir di negeri ini, yang berlaku saban tahun bagi mencapai Johor Bebas Banjir 2030 antara topik signifikan dibincangkan dalam Simposium Bencana Geohidrologi dan Mitigasi 2024.

 

Simposium anjuran bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor dan Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sokongan Kerajaan Negeri itu menghimpunkan para cendekiawan, pakar, penyelidik dan profesional dari dalam mahupun luar negara.

 

Selain itu, simposium diadakan menjadi platform perkongsian pandangan, strategi mitigasi, mengenal pasti impak dan pengurusan bencana geohidologi lain seperti tanah runtuh, lubang mendap dan pencemaran air bawah tanah akibat perubahan iklim demi masa depan yang lestari.

 

Terdahulu, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor menyempurnakan perasmian Simposium Bencana Geohidrologi dan Mitigasi 2024 di Holiday Villa, Johor Bahru, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor