KONSERT RINDU BAYANGAN SINGKAP NOSTALGIA MAESTRO MUZIK JOHOR


Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) bakal menganjurkan Konsert Rindu Bayangan pada 28 September ini bertempat di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

 

Dalam usaha memelihara dan mempromosikan warisan budaya seni muzik Melayu, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) bakal menganjurkan Konsert Rindu Bayangan pada 28 September ini bertempat di Dewan Utama, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

 

Inisiatif murni ini adalah sebagai penghormatan khas atau ‘tribute’ kepada Allahyarham Omar Taib, Maestro Muzik Johor yang juga Tokoh Muzik Tanah Air setelah menabur bakti dalam memartabatkan seni dan penghasilan muzik berkualiti di Negeri Johor.

 

Selain itu, menerusi penganjuran konsert ini juga dijadikan sebagai sebuah platform yang memberi pendedahan kepada generasi muda untuk mengenali figura hebat yang berjaya mewarnai muzik warisan bangsa melalui lagu-lagunya itu.

 

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu turut menampilkan sembilan penyanyi popular tanah air seperti Azlan & The Typewriter dan Ronnie Hussein yang bakal membawa 24 buah lagu ciptaan Allahyarham Omar Taib.

 

Lebih menarik, persembahan pada konsert berkenaan akan diiringi gabungan Orkes Melayu YWJ mendendangkan lagu Rindu Bayangan, nyanyian kumpulan Carefree serta Siapa Dia Sebelum Daku, nyanyian Roy dan Francissca Peter.

 

Jualan tiket ‘early bird’ boleh dibeli secara atas talian sehingga 6 September ini di platform CloudJoi.com dengan potongan harga sebanyak RM10 iaitu RM60 (Emas) dan RM50 (Perak), berbanding harga asal pada RM70 (Emas) dan RM60 (Perak).

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor