ANAK SULUNG HADIAH ISTIMEWA PADA HARI MALAYSIA
Sambutan Hari Malaysia tahun ini lebih bermakna bagi pasangan dari Taman Daya, Johor Bahru apabila menyambut kelahiran anak sulung mereka pada jam 7 pagi, hari ini.
Pasangan Nurul Aini Mohd Damirulan, 23, dan suaminya, Jefry Iskandar Mustafa Kamal, 21, menyambut kelahiran bayi lelaki mereka di Hospital Pakar KPJ Puteri.
Bagi Nurul Aini, anaknya sebenarnya dijangka dilahirkan pada 28 September, namun tidak menyangka kelahiran anak sulungnya itu berlaku 14 hari lebih awal, jatuh pada sambutan Hari Malaysia.
Sementara itu, Jefry Iskandar meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran bayi seberat 2.54 kilogram (kg) lancar dan dipermudahkan yang disambut oleh Dr. A Rahman pada jam 7.19 pagi.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor