SYUKUR DAPAT MESIN PENGISAR


Mohd Halizi Paiman, 47, Pengerusi Koperasi Keluarga Montanah Paiman Johor Berhad, menerima bantuan koperasi bernilai RM5,000 daripada Kerajaan Johor menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. | Foto MDJ Izzul Islam

 

Selepas enam tahun bergantung kepada kudrat sendiri untuk menghasilkan produk hiliran, Nur Khalida Hamzah, 43, kini menarik nafas lega selepas menerima mesin pengisar daripada Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), hari ini.

 

Sebagai seorang usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), bantuan diterima ini akan memudahkan Khalida menghasilkan bahan kisar seperti cili kering, halia dan bawang dengan lebih cepat serta meningkatkan kuantiti dan kualiti rempah dihasilkan.

 

Memulakan perniagaannya pada tahun 2019, Khalida percaya inisiatif ini akan memberi dorongan baharu kepada beliau dalam meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah lama.

 

Selain itu, Mohd Halizi Paiman, 47, Pengerusi Koperasi Keluarga Montanah Paiman Johor Berhad, turut menerima bantuan koperasi bernilai RM5,000 daripada Kerajaan Johor menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menguruskan inap desa berkonsepkan agro pelancongan di kawasan jeram di Simpang Renggam.

 

Selain penginapan, inap desa Halizi juga menjadi pilihan penganjuran kem motivasi, selain menawarkan aktiviti meneroka kebun durian yang diusahakannya, serta aktiviti lasak seperti kenderaan lasak ATV dan ‘river tracking’ di Sungai Ulu Benut, Kluang.

 

Program Jelajah Orang Mahkota (JOM) 2024 di Kluang menyaksikan pelbagai bantuan daripada Kerajaan Johor diserahkan seperti Bantuan Koperasi, Bantuan PMKS, Geran Usahawan, Skim Pendaftaran Pendidikan, Bantuan Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor serta Insentif Mahasiswa Anak Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor