‘JOM’ HANGATKAN BANDAR KLUANG
Program Jelajah Orang Mahkota (JOM) 2024 berjaya mencatatkan kehadiran ribuan pengunjung di pelbagai lokasi sekitar Kluang, menjadikan hujung minggu di bandar ini lebih meriah dan bermakna.
Program yang berlangsung selama dua hari itu mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan, ditambah dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sumbangan bantuan Kerajaan Johor, pameran kebudayaan, pertandingan sukan dan banyak lagi.
Pengunjung turut berpeluang bertemu dengan beberapa pempengaruh terkenal yang memeriahkan jelajah dan menyertai sesi ramah mesra bersama komuniti setempat, serta dihiburkan dengan persembahan daripada beberapa penyanyi terkemuka tanah air.
Salah seorang pengunjung, Ahmad Zaki Zainal, 35, dari Batu Pahat menyifatkan program ini memberi peluang untuk orang ramai mengenali Kluang dengan lebih dekat, selain dapat meluangkan masa hujung minggu membawa keluarga untuk menjengah program jelajah ini.
Malam kemuncak Program JOM 2024 diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor dan YBhg. Mohd Rafi Abdullah, Pegawai Daerah Kluang.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor