JOHOR MAHU LAHIR GENERASI HUFFAZ CILIK


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir ke Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat KEMAS Negeri Johor di Hotel Prime City, Kluang. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Modul pelaksanaan Pra Tahfiz TABIKA KEMAS bakal diperluaskan ke Tadika Agama Johor (TAJ) bagi menyokong aspirasi negara dalam melahirkan 100,000 huffaz cilik menjelang tahun 2026.

 

Kerajaan Negeri turut berkeyakinan, elemen pembelajaran yang menyeronokkan berupaya memberi sentuhan baharu bagi menyuburkan potensi murid dalam aspek penguasaan al-Quran sekali gus melahirkan generasi mencintai kitab suci itu.

 

Sejak tahun 2010, seramai 6,895 anak-anak TAJ berusia antara 5 hingga 6 tahun berjaya mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran menerusi Program Pintar Al-Quran sekali gus mencerminkan usaha Kerajaan Johor memartabatkan syiar Agama Islam.

 

Di peringkat TABIKA KEMAS Negeri Johor pula, sebanyak 552 daripada 1,161 kelas dengan penglibatan 7,758 kanak-kanak telah melaksanakan Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS sejak dimulakan pada tahun 2023.

 

Terdahulu, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Program Pra Tahfiz Peringkat KEMAS Negeri Johor di Hotel Prime City, Kluang.

 

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut dihadiri YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor