AKSES PENDIDIKAN MENYELURUH JOHOR


Gambar fail.

 

Sektor pendidikan menerima RM64.1 bilion, peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 yang turut memberi limpahan kepada Negeri Johor menerusi pembinaan sekolah baharu dan sekolah berkeperluan khas pada tahun hadapan.

 

Pengumuman oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat lalu, disokong penuh dan disambut baik YB Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

 

Komitmen Kerajaan Persekutuan menerusi pembinaan sekolah berkeperluan khas anak-anak autisme di Johor Bahru dan sekolah baharu di Batu Pahat diyakini mampu memberi impak besar kepada pembangunan pendidikan negeri.

 

Penghargaan turut diberikan kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang menggerakkan usaha penubuhan Sekolah Autisme Johor kepada Kementerian Pendidikan menerusi kertas cadangan dikemukakan pada akhir tahun lalu.

 

Selain itu, pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra Indah, Batu Pahat bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di kawasan Tongkang Pechah serta kampung tradisi seperti Kampung Jorak dan Kampung Mohd Noor.

 

Menyambut baik pengumunan belanjawan, YB Datuk Mohamad Najib Samuri, Ahli Dewan Negeri Johor kawasan Parit Yaani menyifatkan pembinaan sekolah yang pertama itu menjadi keperluan selain didorong jangkaan pertambahan lebih 40,000 penduduk di Bandar Putra Indah pada masa akan datang.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor