INISIATIF KFL BAWA LIMPAHAN MANFAAT
Sepanjang tempoh tiga tahun dilaksanakan, Kulai Fast Lane (KFL) telah berjaya menempa pencapaian membanggakan termasuk menarik pelaburan bernilai lebih RM40 bilion terutama dalam sektor elektronik dan perkhidmatan yang mencipta hampir 7,000 ribu peluang pekerjaan di Kulai.
Pencapaian signifikan berkenaan susulan pelaksanaan inisiatif itu didorong oleh proses pemajuan secara pantas termasuk dari segi kelulusan bagi memulakan pembangunan yang kini memerlukan hanya 14 bulan berbanding tempoh terdahulu selama 24 bulan.
Dengan kejayaan mengangkat KFL ke peringkat lebih tinggi dipanggil Johor Fast Lane (JFL), Kerajaan Negeri juga sudah membawa kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri bagi memberi penekanan terhadap inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat dalam inisiatif JFL bagi menjayakan JS-SEZ adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).
Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menyempurnakan perasmian Seminar KFL bertajuk ‘Pemacu Ekonomi Negara’ yang memberi pendedahan kepada pemegang taruh mengenai kejayaan inisiatif itu.
Selain itu, turut berlangsungnya Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MPKu bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Princeton Digital Group (PDG) selaku rakan strategik bagi merangka perancangan dalam pelbagai aspek.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor