TAHUN BAHARU ERAT HUBUNGAN KEKELUARGAAN


Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 kakitangan pejabat YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor. | Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

#IskandarPuteri – Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat Tiong Hua seluruh negeri ini dan Malaysia amnya kerana menjadi medium mengeratkan hubungan kekeluargaan khususnya buat mereka yang merantau.

 

Bagi YB Tuan Ling Tian Soon, tradisi ‘makan besar’ pada malam sebelum tahun baharu sentiasa menggamit kenangan dan menjadi tradisi yang tidak boleh dilupakan untuk ahli keluarga berkumpul bersama menikmati hidangan istimewa disajikan.

 

Malam tahun baharu sentiasa menjadi platform yang istimewa buat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor untuk bertemu saudara mara atau sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin.

 

Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Yong Peng itu juga gembira melihat kemeriahan sambutan perayaan berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) diwakilinya apabila 1,000 tanglung telah dipasang di seluruh pekan yang menyemarakkan lagi suasana.

 

Selain itu, kehadiran tahun ular kayu atau ular emas dalam kalendar zodiak Cina dijangka membawa cabaran, tetapi bakal mencipta potensi besar untuk Johor merealisasikan hasrat ke arah sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

 

Tian Soon turut berkeyakinan usaha yang telah dilakukan oleh pentadbiran negeri dalam tempoh dua tahun lalu akan menjadi titik permulaan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif yang dirancang demi kejayaan negeri dan kesejahteraan rakyat.

 

#GongXiFaCai
#XinNienKuaiLe
#TahunUlar
#TahunBaharuCina2025
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor