MURAL PENYERI BANDAR RAYA JOHOR BAHRU
#JohorBahru – Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor memperhebatkan lagi usaha mengindahkan pusat bandar Johor Bahru menerusi lakaran lukisan mural bagi memberi nilai tambah tarikan kepada pengunjung sebagai persediaan Tahun Melawat Johor 2026.
Tiga lukisan mural baharu terdapat di Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Lee Thye Heng dan Jalan Segget itu memberikan wajah baharu dan menyerikan dinding-dinding bangunan di kawasan berkenaan yang sering menjadi laluan pengunjung.
Usaha kreatif dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meningkatkan kualiti visual bandar raya malah mengetengahkan bakat pelukis dalam menyebarkan impak positif kepada masyarkat serta mengelakkan kegiatan vandalisme.
Berinspirasikan budaya, sejarah dan keindahan di Negeri Johor, mural karya Muhammad Nabil Mohd Azahari itu memaparkan lukisan alat muzik gambus, tarian zapin Johor serta destinasi pelancongan menarik iaitu Zoo Johor dan Kampung Sungai Melayu.
Terdahulu, YB K. Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor diiringi YBhg. Encik Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor serta YBhg. Encik Fairuzahri Jalaluddin, Pengarah Yayasan Warisan Johor meninjau projek lukisan mural di sekitar bandar raya Johor, pagi tadi.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor