JELAJAH ORANG JOHOR PENGHUBUNG PEMIMPIN DAN MASYARAKAT


Foto MDJ Aisyah Mazalan

 

Daerah Pontian menjadi lokasi pertama permulaan Jelajah Orang Johor (JOJ) yang julung kali diadakan di Negeri Johor.

 

Jelajah yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri ini bertujuan menjalinkan hubungan mesra antara pemimpin dan masyarakat setempat.

 

Antara program yang dijalankan sepanjang JOJ merangkumi setiap inisiatif Kerajaan Negeri seperti Program Semarak Subuh, Jualan Kasih Johor, Ziarah Kasih Johor dan Rumah Kasih Johor.

 

Terdahulu, Majlis Pelancaran Program Jelajah Orang Johor (JOJ) @ DUN Kukup disempurnakan oleh YAB Dato’ Onn Ghazi, Menteri Besar Johor di Kompleks Penghulu Mukim Serkat. Selain itu, berlangsung serahan cek replika kepada penerima sumbangan JOJ.

 

Turut hadir, YB Dato’ Haji Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan); Tuan Haji Kamalludin Jamal, Pegawai Daerah Pontian; ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi kerajaan.

 

#JelajahOrangJohor
#JOJ2025
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor