SINAR@YPKDT PLATFORM KERAJAAN JOHOR PERKASA WANITA PERKUKUH INSTITUSI KELUARGA

YB Puan Hasrunizah Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor pada Program Sinergi Kasih Johor: Sinar@YPKDT 2026 Zon Selatan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian. | Foto MDJ Nazreen Aimie
#Pontian – Kerajaan Johor terus mempergiat usaha dalam memperkasa golongan wanita, memperkukuh institusi keluarga dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat menerusi pelbagai inisiatif yang menumpukan aspek pembangunan, kebajikan serta peningkatan taraf hidup rakyat.
Komitmen itu diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai program di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), termasuk inisiatif kesihatan wanita dan keluarga, kaunseling, motivasi, advokasi wanita serta program pendidikan dan kerjaya.
Selain itu, peluang keusahawanan turut diperluas menerusi inisiatif dana dan pembiayaan, Bazar@Suri Johor serta pelbagai program yang mampu membuka ruang kepada golongan wanita untuk membina potensi diri dan meningkatkan keupayaan ekonomi keluarga.
Menerusi Program Sinergi Kasih Johor: Sinar@YPKDT 2026, pelbagai inisiatif pembangunan wanita, pengukuhan keluarga dan pemerkasaan masyarakat dihimpunkan dalam satu platform yang lebih menyeluruh bagi mendekatkan perkhidmatan serta peluang kepada rakyat di seluruh negeri ini.
Usaha memperluas akses kepada perkhidmatan berkenaan turut dilaksanakan menerusi pendekatan turun padang membabitkan tiga zon iaitu Zon Utara melibatkan Muar, Segamat dan Tangkak; Zon Tengah (Kluang, Batu Pahat dan Mersing); serta Zon Selatan (Johor Bahru, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi).
Pendekatan bersepadu ini turut menghimpunkan agensi kerajaan dan rakan strategik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan, kepakaran serta bantuan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan mengikut keperluan masyarakat khususnya di kawasan zon berkenaan.
Terdahulu, YB Puan Hasrunizah Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor merasmikan Program Sinergi Kasih Johor: Sinar@YPKDT 2026 Zon Selatan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian, hari ini. Hadir sama YBhg. Puan Noor Faezah Md Esa, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT.
#JohorSafeZone
#Sinar@YPKDT
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


