JBCFM TERIMA TAJAAN OCBC BUAT TAHUN KEDUA
![](https://mediadigitaljohor.gov.my/v1/wp-content/uploads/2025/02/476779720_625185426880578_7175596546950975_n.jpg)
Foto Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
#IskandarPuteri – Program Pagi Bebas Kereta Johor Bahru atau ‘JB Car Free Morning’ (JBCFM) anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terus mendapat tajaan daripada OCBC Bank (Malaysia) Berhad selaku penaja utama untuk tahun kedua berturut-turut.
Sebagai tanda sokongan kepada acara bulanan tersebut, OCBC Bank menaja 100 lagi basikal pada tahun ini, untuk kegunaan orang ramai secara percuma pada setiap sesi yang telah membantu meningkatkan jumlah penyertaan kepada lebih 1,500 peserta.
Selain itu, MBJB juga menerima komitmen daripada Multigreen Events Sdn. Bhd. bagi menjayakan program berkenaan selain turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai warga bandar raya dan pelancong terutama dari Singapura untuk bersama mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain membantu menepis dakwaan Johor Bahru sebagai ‘bandar yang bosan’, JBCFM menguatkan lagi iltizam MBJB menjadikan program berkenaan sebagai aktiviti ikonik dan produk pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, khususnya bandar raya Johor Bahru.
Program JBCFM yang diadakan setiap hari Sabtu bermula jam 7 hingga 9 pagi memberi peluang kepada peserta beriadah sambil melihat mercu tanda Johor Bahru antaranya ‘Johor Bahru Sky Screen’, Arca Kilometer Sifar, Legaran Sungai Segget serta ‘Street of Harmony’ di Jalan Trus.
#JBCFM
#CarFreeDay
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor