8,479 CALON SDKA TAHUN 2024 CEMERLANG PANGKAT 1

YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor hadir ke majlis pengisytiharan keputusan SDKA Tahun 2024 SAKJ di Dewan Wisma Setia, Penjara Simpang Renggam. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#Kluang – Seramai 15,664 calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Tahun 2024 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) meraih keputusan lulus keseluruhan dengan 8,479 daripadanya cemerlang memperoleh Pangkat 1.
Selain itu, kesemua daerah di negeri ini, mencatatkan peningkatan peratus kelulusan keputusan SDKA tahun lalu, dengan Kota Tinggi telah diisytiharkan sebagai Daerah Terbaik apabila merekodkan pencapaian kelulusan tertinggi.
Bagi Sekolah Terbaik SDKA 2024 dengan pencapaian kelulusan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.00 pula diisytiharkan kepada Sekolah Agama Penjara Simpang Renggam, Kluang diikuti Sekolah Agama Mawai Baru dan Sekolah Agama Pengerang, Kota Tinggi.
Terdahulu, berlangsung pengisytiharan keputusan SDKA Tahun 2024 SAKJ disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor di Dewan Wisma Setia, Penjara Simpang Renggam, Kluang.
Turut hadir, YB Tuan Abd. Mutalip Abd. Rahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Layang-Layang; YBhg. Tuan Haji Nasri Md Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ); YBhg. Penolong Komisioner Penjara Nor Hazran Che Abd llah, wakil rasmi Pengarah Penjara Simpang Renggam dan YBrs. Tuan Haji Md Radhi Ruslan, Timbalan Pengarah (Bahagian Pendidikan Islam) JAINJ.
#SDKA
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor