EMPAT IMPORT KUATKAN SKUAD RAGBI JOHOR HADAPI PIALA AGONG 2025

YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Presiden JRU; YBhg. Tuan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor dan Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor hadir ke Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Import di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru. | Foto Johor Rugby Union
#IskandarPuteri – Kesatuan Ragbi Johor (JRU) membawa masuk empat pemain import berpengalaman dari Fiji dan New Zealand sebagai persediaan serta persiapan rapi menjelang cabaran Piala Agong 2025.
Kesemua import berkenaan merupakan Tamanitoakula Kolinio Yabia, Turuva Serupepeli dan Revouvou Vatemo dari Fiji serta Jacob Henry Denyer dari New Zealand ‘All Blacks’ yang diyakini akan membawa impak besar kepada kekuatan pasukan ragbi Johor.
Selain itu, pasukan ragbi Johor turut diperkuatkan dengan kehadiran Rodney So’oialo, legenda ‘All Blacks’ yang juga bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan dalam usaha merampas kejuaraan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas tewas pada perlawanan akhir edisi tahun lalu.
Gabungan barisan kejurulatihan dan kemasukan pemain antarabangsa yang berpengalaman itu dilihat sebagai langkah berani JRU bagi menghadapi cabaran musim baharu untuk muncul juara selepas pernah meraih kejayaan pada edisi 2013 dan 2017.
Johor bakal memulakan kempen Piala Agong 2025 bertemu pasukan Pahang di Stadium Ragbi Johor pada 6 September ini, dengan misi untuk meneruskan rentak cemerlang setelah berjaya mara ke perlawanan akhir musim lalu.
Terdahulu, YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Presiden JRU; YBhg. Tuan Ts. Mohd Ekmaluddin Ishak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor dan Sonny Bill Williams, Duta Sukan Johor hadir ke Majlis Menandatangani Kontrak Pemain Import di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru, baru-baru ini.
#RagbiJohor
#PialaAgong2025
#SukanMDJ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor