PENEMPATAN SEMULA TAMAN DATO’ HAJAH FATIMAH SALIM BUKTI KEPRIHATINAN KERAJAAN JOHOR

Projek penempatan semula penduduk Taman Dato’ Hajah Fatimah Salim di Benut yang menempatkan penduduk dari Kampung Nelayan, Kampung Seri Tanjung dan Kampung Sungai Sanglang. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#Pontian – Projek penempatan semula penduduk Taman Dato’ Hajah Fatimah Salim di Benut menjadi bukti keprihatinan Kerajaan Johor dalam menyediakan persekitaran kediaman selamat dan selesa kepada penduduk yang sebelum ini sering terdedah kepada ancaman banjir, selain berdepan masalah kekurangan prasarana asas.
Inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM48 juta itu melibatkan projek pembinaan sebanyak 170 unit rumah yang sudah siap dibina pada tahun 2022 itu bagi menempatkan penduduk dari tiga perkampungan di kawasan berkenaan iaitu Kampung Nelayan, Kampung Seri Tanjung dan Kampung Sungai Sanglang.
Sebelum ini, majoriti penduduk yang terdiri daripada golongan nelayan dan pekebun sawit terpaksa menetap di kawasan terdedah banjir dengan kemudahan asas yang tidak lengkap. Justeru, dengan adanya penempatan baharu ini, mereka kini mampu menikmati persekitaran yang lebih selamat serta infrastruktur yang lebih baik.
Sementara itu, Asmadi Bachok @ Mohd Nawai, 47, Ketua Kampung Taman Dato’ Hajah Fatimah Salim memberitahu penduduk yang telah berpindah ke penempatan baharu itu kini sudah menikmati kehidupan lebih baik dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Malah, Asmadi turut menyifatkan tahap kemuafakatan masyarakat juga kukuh walaupun penduduk di kawasan kediaman tersebut kebanyakkan datang daripada kampung yang berbeza. Namun, perbezaan itu tidak menjadi penghalang bagi penduduk untuk hidup dalam suasana yang lebih harmoni.
Terdahulu, YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Ahli Dewan Negeri Benut merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam hadir ke Program Lestari Benut sempena program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Benut di Taman Dato’ Hajah Fatimah Salim, Benut, hari ini.
#ProjekPenempatanSemula
#ProgramLestariBenut
#JelajahOrangJohor
#BangsaJohor
#MediaDigtalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor