SLCC PASTIKAN TANGKAK DAERAH SELAMAT

Majlis Daerah Tangkak (MDT) membangunkan Pusat Kawalan Pintar Ledang (SLCC) bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kemudahan penduduk sentiasa terpelihara. | Foto FB Mohd Jafni Md Shukor
#IskandarPuteri – Usaha untuk memastikan penduduk di daerah Tangkak sentiasa berada dalam keadaan selamat, sejahtera dan pintar, Majlis Daerah Tangkak (MDT) membangunkan Pusat Kawalan Pintar Ledang (SLCC).
Pembangunan SLCC yang sebelum dikenali Pusat Operasi Bersepadu (IOC) merupakan sebahagian daripada pelaksanaan agenda Bandar Pintar Johor yang dibangunkan selaras dengan kerangka Bandar Pintar Malaysia di bawah komponen ‘Smart Government’, ‘Smart Environment’ dan ‘Smart Living’ yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Inisiatif SLCC ini memberi tumpuan kepada kawasan Bandar Tangkak yang terletak di Zon Bandar Pintar dan Selamat seluas hampir 300 hektar sebagai fasa pertama sebelum ia bakal diperluaskan ke zon-zon lain di seluruh daerah terbabit. Ia akan meliputi pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di 12 lokasi strategik dengan keupayaan 21 sudut pandang yang dipaparkan secara langsung.
Sistem ini juga menggunakan teknologi kamera pintar jenis ‘Pan-Tilt-Zoom’ (PTZ) dan kamera statik yang dilengkapi teknologi asas Kecerdasan Buatan (AI) seperti ‘Motion Detection’, ‘Face Recognition’ dan ‘Lane Detection’.
Selain itu, dua daripada 12 lokasi strategik berkenaan turut dilengkapi dengan kemudahan ‘butang becemasan’ iaitu di Laman Mahkota, Taman Rekreasi Awam Tangkak serta Perhentian Bas dan Teksi Tangkak bagi membolehkan tindak balas segera dapat diambil secara langsung kerana ia turut disambung terus ke Bilik Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
Usaha bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan MDT dalam memperkukuh keselamatan awam serta memperluas pelaksanaan teknologi pintar di peringkat tempatan, sekali gus menyokong hasrat ‘Johor Smart City Blueprint 2030’ yang menjadikan setiap daerah menjadi sebahagian daripada ekosistem pintar di negeri ini.
#JohorSafeZone
#BandarPintar
#SLCC
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor