TUNKU TEMENGGONG JOHOR INGATKAN ORANG RAMAI JANGAN MAIN MERCUN BERHAMPIRAN HOSPITAL

YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor menerusi satu hantaran di platform Threads menegur orang ramai dengan pesanan ringkas agar tidak bermain mercun di kawasan bersebelahan hospital berkenaan.
#IskandarPuteri – Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru menjunjung kasih atas keprihatinan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor yang menegur orang ramai agar tidak bermain mercun di mana-mana kawasan yang terletak berhampiran dengan hospital berkenaan.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, pihak HSA menyifatkan teguran tersebut mencerminkan keprihatinan YAM Tunku Idris Iskandar terhadap kesejahteraan para pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
Menurut pihak hospital, di sebalik dinding institusi perubatan itu terdapat pelbagai golongan pesakit termasuk bayi yang baru dilahirkan, warga emas yang uzur serta pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang sememangnya amat memerlukan suasana persekitaran yang tenang bagi membantu proses pemulihan.
Sehubungan itu, orang ramai khususnya Bangsa Johor diseru agar terus memupuk sikap bertimbang rasa dengan mengelakkan bermain mercun atau membuat bising melampau di kawasan berhampiran hospital.
Terdahulu, YAM Tunku Temenggong Johor menerusi satu hantaran di platform Threads menegur orang ramai dengan pesanan ringkas agar tidak bermain mercun di kawasan bersebelahan hospital berkenaan.
Teguran tersebut mendapat perhatian ramai di media sosial dan menjadi peringatan kepada masyarakat agar terus memupuk sikap peka serta bertimbang rasa terhadap keadaan pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
#JohorSafeZone
#JanganMainMercunDiHospital
#HSAJB
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


